Sunday, 27 March 2016
Lemau
Assalamualaikum n hai,
One day masa tengah buat assignment.. buat buat buat dalam beberapa jam then ko lapar. Ko pun pergi la jalan ke meja bukak drawer keluarkan biskut2 kegemaran. Makan punya makan tetiba ko dah x nak da mkn biskut tu. Ko teruskan menghadap laptop siapkan apa yang patut sampai habis terbiar la biskut tu kat situ. Jangan weh buat mcm tu nnti ko menyesal. Dah la biskut kegemaran. Konfem konfem biskut tu jadi lemau pastu dah x sedp dah nk mkn. In case ko suka sgt biskut tu n still makan jugak even lemau, nnti kau pun lemau jugak. Kalau kat asrama x de tupperware n mls sgt, nk prevent biskut jadi lemau, aku amik je sepit baju sepit je bhagian plastik biskut tu. Kekadang bhgian ats die still lemau sikit biskut yg after after tu still ok rangup lagi x lemau. And aku pernah terbaca jangan campur satu tupperware tu ad mcm2 bnde mcm keropok, biskut, kek ke. Sebab nya nnti die lemau jugak. Mean satu tupperware tu mesti ad satu bnde je. Biskut, so biskut je ada dlm tupperware okay. Asingkan. Satu tupperware utk biskut, satu utk keropok and other untuk kek ke ap ke.. Thats cara2 nak biar biskut tu tahan lama okay. #lemau #hambar
Wednesday, 23 March 2016
Jgn jadi mcm org mcm ni!
Assalamualaikum n hai,
Sebelum mula ap2, aku nak minta maaf kalau lepas ni ap2 aku ckp ada yg terasa n x setuju, This is just my opinion n based on my experience. Aku memang x suka budak2 stok alim alimah yang fake. Again, yang fake.Yang betul2 tu aku x kesah la. Aku cakap ni sebab aku dah memang banyak kali tengok sangat. Aku x suka sebab dulu boleh dikatakan sekolah kat sek agama la. Sbp yang agama. Dari situ la aku x suka sebab aku ni biasa2 je patu bercampur ngan org2 mcm dorg ni n aku nampak sendiri apa yang fake nya. First, ada sorg budak ni dia memang pakai tudung labuh giler(kterg memg wajib pki tudung labuh) mcm cendawan, tp ada satu waktu tu aku dapat tngkp die x solat tau (means die tinggl solat sengaja). Aku ckp bukan sesuka hati, sbb mcm pelik so aku perhati dlm seminggu dua n pastu aku ada tanya dormate die n act dormate die pun perasan. And lagi satu org yang sama tu die mencuri! Banyak giler ko tau die curi sebb ada one year tu mcm tetibe mcm mix dorm tau n dorm tu byk giler berlaku kecurian(aku ada dalam tu). And aku kena curi duit smpi duit dua kali kot. Next, lagi satu ada satu time tu mcm ada persembhn menari bgi budak laki,lagu M nasir semerah padi. And after dorg buat persembhn tu, dorg mcm hot la means slalu buat persembhn utk event2. Most yg menari budk kelas ats yg stok exco2 yg disukai ckgu2 n ustzh2. So citer die one day ada sorg ustazah tu x kasi dah budk2 tu menari dgn lagu tu sbb die kata lagu tu mcm ada puja2 wateve so x baik n x elok. So budak2 tu dh x menari la dah la sbb ustzh tu x kasi and bnde2 menari tu digantikan dgn org lain mcm budk2 nakal yg biasa yg bukn stok2 exco. Weh part ni aku x fhm dah kata mcm lagu2 tu ada mcm puja2, asal x stop terus ataupun tukr lagu ke apa. Ni pergi tukar dgn org lain. Bahasa kasar aku nak ckp kat sini : asal selamatkn budk2 kegemrn je, patu tukar bnde2 x elok tu dgn bdk biasa2 yg jht2. Bnde skrg ni still lagu yg ko ckp ad puja2 tu. (minta maaf klu kasar). Tp memg aku x puas hati n pelik la asal mcm tu en. Ok so next part yg aku perasan budk stok2 pakai tudung labuh smpi ke lutut patu armsock stokin tutup muka tu,trust me, majority yg aku jumpe kat asrama or bilik, x jaga aurat pun kalau dgn pompuan. Kuar bilik air bpk la. Towel smpi ats lutut. Ko kat luar beria tutp sume bnde tgn kaki muka tp bila dlm habis. Bukan ko x tau aurat antara ponpuan en. Ada lagi bnde2 yg menyebbkn aku x suka stok2 org mcm ni. Mcm ko jet2 naqib naqibah yg dipilih utuk jadi kakk n abg usrah nasihat sana sini. Bukan aku x tau klu time cuti sek kt rumah tu korg ni sms sesama sendri.. Patu laki pak ustaz tentang pompuan2 yg bising2 ckp kuat2 x sopn patu bila dh kuar sek ko la org pertama yg cri makwe pakwe upload gmbr berdua kuar sana sini. Ckp psl cinta cintun mcm ko sorg yg bercinta. Tp x sume org alim alimah mcm ni., So aku mcm bila tgk org2 mcm alim2 ni aku x pndg tinggi sgt la. Kita sesama byk dosa manusia yg x leps dri buat dosa just ko tu Allah tolong tutp kesalahn ko n guna alasn agama utk kepentingn diri. certain2 yg gunakan agama nk tutp kesalahan dan guna agama sbgi alasn tu puihh.. K bye
Monday, 21 March 2016
Berkata
Assalamulaikum n hai,
Aku ada satu tabiat ni kalau dengar orang cakap mesti aku akan kata sesuatu dalam hati. mengata atau memuji atau bagi komen terhadap apa yang diperkatakan oleh orang tu. But aku kata dalam hati je. Nak buat macam mana en,dah otak ni nak luahkan something. Tak semua benda kau kena luahkan. Lagi2 zaman sekarang memang akan kena kecam la kalau ko silap sikit. Nak cakap kat sini yang aku x akan bersuara kalau benda tu tak perlu kot didengari oleh orang lain. Sebabnya pandangan kita ni masing2 lain. Lagi satu sebab aku tahu tak semua orang akan agree dengan padangan kita.Sebab tu aku selalu senyap and jarang bagi pendapat. And lagi satu ak tahu idea aku selalunya tak best and kurang membantu, so aku x akan bagi tahu and aku akan rasa macam terasa kalu idea aku ditolak. HAhahaha.. and aku akan rasa orang lain akan buat macam aku buat iaitu berkata kata dalam hati. Aku tak suka buat benda yang aku tak suka. Huhu.
Pasrah
Assalamualaikum n hai,
Pasrah itu menyerah. Kita letakkan segala-galanya mengikut ketentuan yang maha Esa. Apa2 yang berlaku sepanjang perjalanan yang kita tempuh ada hikmah di sebaliknya. Kalau pun yang berlaku bukan kehendak, menyusahkan dan dirasakan membebankan sebenarnya ia memberi seribu satu makna. Kita tak akan nampak hikmahnya keesokan harinya, tetapi percayalah bahawa pasti hikmah yang datang bermakna. Tapi tak bermakna kita letakkan sepenuhnya pada ketentuan tanpa usaha dan terus pasrah apa2 yang berlaku. Jangan jadikan alasan kita pasrah dengan ketentuan Illahi dengan menyatakan "dah takdir macam tu nak buat macam mana" . Lagi dengan menggunakan kata2 agama seperti "Jika Allah mengkehendakkanya, maka jadilah" .Memang benar jika Allah mahukan ia nya berlaku maka ia akan jadi. Tapi apa fungsi doa yang dicipta? Kita diberi peluang untuk mengubah, meminta dan memohon untuk segala apa yang berlaku. Konklusinya, doa, usaha, tawakal dan pasrah dengan segalanya.
Wednesday, 9 March 2016
Lesu
Assalamulaikum and hai,
Aku lesu.... Setiap hari mesti ada banyak perasaan or emosi yang kte akan alami. Gembira, sedih, penat, marah, benci, stress, lesu dan sebagainya. So ambik salah satu daripada emosi tadi that is LESU.. So lesu ni for me sama je macam lemah, tak bersemangat, tak bermaya, and banyak la lagi. So actually lesu ni datang dari diri sendiri. Macam tadi lesu sama as lemah, tak semangat, tak bermaya.. Macam mana boleh tak bermaya?? Tak cukup tidur,, tak cukup makan, banyak kerjaa and fyi tanpa hiburan pun jadi lesu tau. Ada satu buku ni cakap "tanpa hiburan jiwa akan lesu dan layu". So thats why kte jadi lesu lemah, tak semangat!! Bila dah jadi lesu, it will effect sepanjang hari kita ni. Nak buat semua benda jadi tak kena. Kalau hari2 terkena virus lesu ni apa benda semua tak jadi.
For me, aku ni sepanjang je nak stresspastu jadi lesu even benda kecik pun aku fikir panjang. Bila dah stress, lesu mula la pening kepala, sakit perut. So macam mana aku buat, first thing first, aku tak fikir.Serius bila benda tu buat ko jadi lesu, apa ko perlu buat?? ko tak payah fikir langsung langsung. Satu hapak pun tak yah fikir apa2. Kalau tak mampu aku tidur ataupun tengok movie. And disebabkan aku selalu stress, and bila stress mula la pening kepalaaa sangat2, semua benda jadi susah sebab dah pening kepala sangat, so tindakan yang dilakukan aku ignore. Benda ni macam tak elok sangat idk tapi pernah suatu masa tu stress memang lesu gila. Actually tak tahu apa yang membuatkan aku stress. Perempuan takda benda pun nak stress. So masa tu habes je kelas hari selasa petang tu terus naik bas pergi ktm pastu balik rumah kakak yang terdekat. Masa tu rabu takda kelas. Tinggal satu kelas je minggu tu khamis petang. Jumaat pun free. So cadangnya nak balek U khamis pagi tapi tak balik pun. hahaha. So conclusion dia bila dah lesu apa perlu buat, 1) tak payah fikir langsung langsung 2) Ignore. Depends on diri sendiri juga la kalau boleh. Its helping actually after balik U tu aku semangat balik belajar dah tak lesu2 dah. Huhu
Kampung
Assalamulaikum n hai,
Baru beberapa hari kat U dah rasa homesick kat rumah. Yela b4 ni cuti sampai sebulan lebih. Sekarang pulak cuaca Masya Allah panas sangat. Ye memang Malaysia panas tapi kali ni panas nya ya amat tambah dengan kering. Bersyukur even kelas pepagi pukul 8 pun petang dah free. Panjang sangat mukaddimah so sekarang ni nak habak mai apa kaitan nya semua tu dengan kampung. Tak tahu kampung lain sama ke tak so aku just explain yang aku tahu kampung Sabak Bernam.
So sejak dari kecil macam umur 2 tahun dah pindah kat area kampung Sabak Bernam dari Shah Alam. Sekolah menengah pulak kat bandar Rawang sampai U pun kat bandar. So nak bandingkan bandar dengan kampung of course its have a big different. So first things yang paling best kampung ni, rumah kat sana kebanyakkannya bukan teres sebab tanah sendiri so boleh buat rumah sebesar mana ko nak. So rumah aku pon memang besar lagipun adik beradik ramai kalau nak bandingkan rumah teres yang pernah aku pergi. Kanan kiri jiran tak dekat sangat so boleh buat bising sebising nya. Ada waktu tu semua adik beradik balik pastu rumah bising gila dengan orang sembang2.. Mak pun cakap "kalau duduk kat Shah Alam ni macam mana la" (rumah kat Shah Alam dulu teres, x leh nak buat bising sangat) .
Kalau keluar rumah je terus nampak pokok hijau hijau.. huhu.. Abah pun cakap dulu masa kat Shah Alam abah selalu semput berbanding kat kampung ni. Maybe sebab udara. Udara serius memang rasa better berbanding kat bandar. Haa kalau panas kampung lain tau, dia still panas tapi beza sikit. Idk macam mana nak describe.
Tak tahu la semua orang rasa macam ni or certain orang je but Sabak Bernam ni barang2 dia memang murah2. Pernah la jugak dengar orang ramai datang Sungai Besar(pekan Sabak Bernam yang banyakkk kedai untuk beli barang) untuk shopping. Bagi aku pun kalau kat U macam x best je nak beli barang, mesti nak bawak dari rumah jugak. Hahaha tu yang kena marah tu selalu bawa barang banyak alasan tak nak naik bas balik U. Try la duduk kat kampung sekali sekala. Hikss
Monday, 7 March 2016
aku..
Assalamualaikum and hai..
Aku Nur Latifah bt Zainal (genap 20 tahun 07 Disember nanti,huhu). Duduk kat Sabak Bernam, Selangor bersama-sama 8 adik bradik yang lain dengan mak ayah. Taklah semua ada kat rumah. Tinggal mak abah je duduk kat situ sebab masing-masing sambung belajar, kerja dan duduk asrama. Mak abah dua-dua tak kerja abah dah retired lama dah sebab asma. Mak fully housewife. Tak pernah rasa bila balik rumah mah abah takde kat rumah sebab kena kerja,,huhu (Alhamdulillah). Ada 9 adik beradik anak kelapan (ramai kannn!!) kalau kat sekolah perkenalkan diri mesti ramai terkejut sebab ramai sangat. Pendekkan cerita daripada 9 tu ada 2 je lelaki the rest semua perempuan. 4 orang yang terakhir still bujangss and 5 terawal tu married dah~ Anak buah ada 3 orang (dorang nakal sangat!!) nak masuk empat (huhu). The best part ada adik beradik ramai ni bila semua balik kecoh satu rumah,makan sama-sama lagi bila dah lama tak gather semua orang ada,tapi bila malam mula la masing2 cop bilik.
Aku mula2 sekali belajar sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Seri Mawar. Sekolah kampung, so sikit je budak kat situ lebih kuran dua kelas je setiap darjah. Itupun sekarang ni budak darjah satu ada satu kelas je sebab tak ramai. Eh b4 tu tadika kat pasti Al Jannah. Habis UPSR aku dapat tawaran pergi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Homesick giler sebab jauh dari rumah mak pun jarang melawat. Even form 5 pun still homesick. 5 tahun duduk kat situ, banyak experience untuk digunakan masa hidup kat luar. Yela duduk asrama terkongkong lima tahun kot. Okay pastu dapat tawaran Uitm kat Pahang dengan Matrik Perak. Atas nasihat keluarga dorang suruh amek matrik sebab yang Uitm tu diploma and lama kalau matrik setahun pastu terus sambung degree. Lebih kurang macam tu la alasannya kenapa masuk matrik. Alhamdulliah kat matrik aku dapat kawan yang betul2 jenis skema kaki buku pandai fokus fokus fokus dalam kelas. Dorang pun tak kedekut ilmu selalu la bantu dalam belajar mana yang tak faham. Seskema dorang pun still okay and boleh buat member lagi. Then sekarang ni, lepas je habis matrik aku pernah jadi cikgu ganti kat sekolah rendah kat Kapar, cuti sekejap je lepas 2 3 minggu terusssss masuk UKM, Alhamdulillah aku dapat kos yang memang aku minta kat UPU. Sebenarnya masa temu duga tak yakin dapat risau je kena campak kat mana2 U jauh yang lain. Nasib baik dapat UKM tak jauh sangat la dari rumah n Alhamdulliah semua nya okay je, Biasa la masuk tempat baru amek masa nak sesuai kan diri... So, thats AKU.
Thursday, 3 March 2016
Rendah? Kecil?
Assalamualaikum and hai,
Hari ni nak share sikit experince jadi orang rendah(Yes Im 150cm T.T) hahaha. Lawak la pulak bila dengar tapi serius nak kongsi beberapa pengalaman yang terjadi kat diri sendiri and orang lain,hoho. Actually jadi orang rendah ni banyak drama dia. Tak tahu la kalau jadi tinggi pon ada banyak dramanya. So drama ni dia ada banyak kategori, biasalah nama pun drama. Hahaha.
Bawak kereta
So kalau dah namanya pun rendah of course kaki tak berapa nak panjang (ayat sedapkan hati, pendek macam kejam sangat). Bila bawak kereta kan kaki tak sampai sangat tau. Seat tu kalau boleh sampai yang paling depannnn sekali. Kalau tak boleh jugak ambil la bantal ke apa2 letak kat tempat duduk satu, lagi satu letak kat tempat sandar (Ya Allah sedihnya bila baca balik). Bila sampai part parking haa ni yang paling risau sebab depan tak nampak sangat haha kena tegak badan sikit, kepala mula la nak dongak2. Lagi satu tak tahu la kalau semua orang beranggapan yang sama tapi bila bawak kereta mula la ada hamba-hamba Allah yang mulut manis cakap " ee macam takde driver je dalam kereta tu " . Masa first time dengar masyaAllah mengucap panjang. Sampai macam tu sekali orang tengok. Tapi kekadang kalau kat jalan nampak kereta yang ala2 takde driver mula la hati berkata " Oh macam tu ke aku bawak kereta "
Beli baju
Masa beli baju seronok sikit sebab takde masalah kalau bab saiz takde ke apa ke.. Badan kecik ni senang je nak cari baju. Kalau beli baju jarang la tetiba lengan tiba-tiba pendek ke. Cuma masalah yang ada setakat ni kalau beli jubah, haa pandai2 la nanti balik kena potong sikit yang bawah tu sebab dah konfem 'menggelebeh' (idk nama specificnya tapi mak selalu panggil tu). Tak tahu la orang tahu ke tak tapi menggelebeh tu macam jubah tu panjang sangat macam kain telkung la sikit. Pernah ada satu masa tu, boleh ada orang tanya " eh ko kalau beli baju mesti cari kat bahagian kanak2 en? '' . Wehhh?!?!? tak pernah lagi tau masa dah besar ni beli baju kat bahagian kanak2 sebab nak cari saiz kecil. Jauh betul fikiran dia lah!!
Makan
Masa makan, komen2 yang selalu didengari selalunya.. kalau makan banyak 1)"uish badan kecik, tapi kuat makan, kalah orang lain". Kalau makan sikit.. " 1)makan la banyak sikitt, biar cepat besar, awak tu dah la kecik, angin kuat nanti terpelanting terus, orang tolak sikit dah jatuh ". 2)"tak payah nak diet2, dah kurus dah tu". Kebanyakan orang akan fikir kalau badan kecik berat badan mesti la bawah 40 kg la, tak kisah la tapi target nak rendah je. NO! Totally wrong. Tak semestinya badan kecik rendah ringan je berat. Orang rendah ni la kena jaga makan selalu. Dah la tinggi tak akan naik2, badan pulak rendah. Bayangkan dah la rendah nanti kalau gemuk kan susah. Orang selalu paksa makan banyak2 sebab biar cepat besar. Ish tak tahu ke makan banyak bukan akan meninggi tapi gemuk ada la.
Subscribe to:
Comments (Atom)