Monday, 7 March 2016
aku..
Assalamualaikum and hai..
Aku Nur Latifah bt Zainal (genap 20 tahun 07 Disember nanti,huhu). Duduk kat Sabak Bernam, Selangor bersama-sama 8 adik bradik yang lain dengan mak ayah. Taklah semua ada kat rumah. Tinggal mak abah je duduk kat situ sebab masing-masing sambung belajar, kerja dan duduk asrama. Mak abah dua-dua tak kerja abah dah retired lama dah sebab asma. Mak fully housewife. Tak pernah rasa bila balik rumah mah abah takde kat rumah sebab kena kerja,,huhu (Alhamdulillah). Ada 9 adik beradik anak kelapan (ramai kannn!!) kalau kat sekolah perkenalkan diri mesti ramai terkejut sebab ramai sangat. Pendekkan cerita daripada 9 tu ada 2 je lelaki the rest semua perempuan. 4 orang yang terakhir still bujangss and 5 terawal tu married dah~ Anak buah ada 3 orang (dorang nakal sangat!!) nak masuk empat (huhu). The best part ada adik beradik ramai ni bila semua balik kecoh satu rumah,makan sama-sama lagi bila dah lama tak gather semua orang ada,tapi bila malam mula la masing2 cop bilik.
Aku mula2 sekali belajar sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Seri Mawar. Sekolah kampung, so sikit je budak kat situ lebih kuran dua kelas je setiap darjah. Itupun sekarang ni budak darjah satu ada satu kelas je sebab tak ramai. Eh b4 tu tadika kat pasti Al Jannah. Habis UPSR aku dapat tawaran pergi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Homesick giler sebab jauh dari rumah mak pun jarang melawat. Even form 5 pun still homesick. 5 tahun duduk kat situ, banyak experience untuk digunakan masa hidup kat luar. Yela duduk asrama terkongkong lima tahun kot. Okay pastu dapat tawaran Uitm kat Pahang dengan Matrik Perak. Atas nasihat keluarga dorang suruh amek matrik sebab yang Uitm tu diploma and lama kalau matrik setahun pastu terus sambung degree. Lebih kurang macam tu la alasannya kenapa masuk matrik. Alhamdulliah kat matrik aku dapat kawan yang betul2 jenis skema kaki buku pandai fokus fokus fokus dalam kelas. Dorang pun tak kedekut ilmu selalu la bantu dalam belajar mana yang tak faham. Seskema dorang pun still okay and boleh buat member lagi. Then sekarang ni, lepas je habis matrik aku pernah jadi cikgu ganti kat sekolah rendah kat Kapar, cuti sekejap je lepas 2 3 minggu terusssss masuk UKM, Alhamdulillah aku dapat kos yang memang aku minta kat UPU. Sebenarnya masa temu duga tak yakin dapat risau je kena campak kat mana2 U jauh yang lain. Nasib baik dapat UKM tak jauh sangat la dari rumah n Alhamdulliah semua nya okay je, Biasa la masuk tempat baru amek masa nak sesuai kan diri... So, thats AKU.
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment