Thursday, 3 March 2016

Rendah? Kecil?



Assalamualaikum and hai,

Hari ni nak share sikit experince jadi orang rendah(Yes Im 150cm T.T) hahaha. Lawak la pulak bila dengar tapi serius nak kongsi beberapa pengalaman yang terjadi kat diri sendiri and  orang lain,hoho. Actually jadi orang rendah ni banyak drama dia. Tak tahu la kalau jadi tinggi pon ada banyak dramanya. So drama ni dia ada banyak kategori, biasalah nama pun drama. Hahaha.

    Bawak kereta
 
        So kalau dah namanya pun rendah of course kaki tak berapa nak panjang (ayat sedapkan hati, pendek macam kejam sangat). Bila bawak kereta kan kaki tak sampai sangat tau. Seat tu kalau boleh sampai yang paling depannnn sekali. Kalau tak boleh jugak ambil la bantal ke apa2 letak kat tempat duduk satu, lagi satu letak kat tempat sandar (Ya Allah sedihnya bila baca balik). Bila sampai part parking haa ni yang paling risau sebab depan tak nampak sangat haha kena tegak badan sikit, kepala mula la nak dongak2. Lagi satu tak tahu la kalau semua orang beranggapan yang sama tapi bila bawak kereta mula la ada hamba-hamba Allah yang mulut manis cakap " ee macam takde driver je dalam kereta tu " . Masa first time dengar masyaAllah mengucap panjang. Sampai macam tu sekali orang tengok. Tapi kekadang kalau kat jalan nampak kereta yang ala2 takde driver mula la hati berkata " Oh macam tu ke aku bawak kereta " 

   Beli baju

       Masa beli baju seronok sikit sebab takde masalah kalau bab saiz takde ke apa ke.. Badan kecik ni senang je nak cari baju. Kalau beli baju jarang la tetiba lengan tiba-tiba pendek ke. Cuma masalah yang ada setakat ni kalau beli jubah, haa pandai2 la nanti balik kena potong sikit yang bawah tu sebab dah konfem 'menggelebeh' (idk nama specificnya tapi mak selalu panggil tu). Tak tahu la orang tahu ke tak tapi menggelebeh tu macam jubah tu panjang sangat macam kain telkung la sikit. Pernah ada satu masa tu, boleh ada orang tanya " eh ko kalau beli baju mesti cari kat bahagian kanak2 en? '' . Wehhh?!?!? tak pernah lagi tau masa dah besar ni beli baju kat bahagian kanak2 sebab nak cari saiz kecil. Jauh betul fikiran dia lah!!

   Makan

      Masa makan, komen2 yang selalu didengari selalunya.. kalau makan banyak  1)"uish badan kecik, tapi  kuat makan, kalah orang lain".  Kalau makan sikit.. " 1)makan la banyak sikitt, biar cepat besar, awak tu dah la kecik, angin kuat nanti terpelanting terus, orang tolak sikit dah jatuh ". 2)"tak payah nak diet2, dah kurus dah tu". Kebanyakan orang akan fikir kalau badan kecik berat badan mesti la bawah 40 kg la, tak kisah la tapi target nak rendah je. NO! Totally wrong. Tak semestinya badan kecik rendah ringan je berat. Orang rendah ni la kena jaga makan selalu. Dah la tinggi tak akan naik2, badan pulak rendah. Bayangkan dah la rendah nanti kalau gemuk kan susah. Orang selalu paksa makan banyak2 sebab biar cepat besar. Ish tak tahu ke makan banyak bukan akan meninggi tapi gemuk ada la.

   

No comments:

Post a Comment