Monday, 21 March 2016
Pasrah
Assalamualaikum n hai,
Pasrah itu menyerah. Kita letakkan segala-galanya mengikut ketentuan yang maha Esa. Apa2 yang berlaku sepanjang perjalanan yang kita tempuh ada hikmah di sebaliknya. Kalau pun yang berlaku bukan kehendak, menyusahkan dan dirasakan membebankan sebenarnya ia memberi seribu satu makna. Kita tak akan nampak hikmahnya keesokan harinya, tetapi percayalah bahawa pasti hikmah yang datang bermakna. Tapi tak bermakna kita letakkan sepenuhnya pada ketentuan tanpa usaha dan terus pasrah apa2 yang berlaku. Jangan jadikan alasan kita pasrah dengan ketentuan Illahi dengan menyatakan "dah takdir macam tu nak buat macam mana" . Lagi dengan menggunakan kata2 agama seperti "Jika Allah mengkehendakkanya, maka jadilah" .Memang benar jika Allah mahukan ia nya berlaku maka ia akan jadi. Tapi apa fungsi doa yang dicipta? Kita diberi peluang untuk mengubah, meminta dan memohon untuk segala apa yang berlaku. Konklusinya, doa, usaha, tawakal dan pasrah dengan segalanya.
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment