Wednesday, 9 March 2016

Kampung


 Assalamulaikum n hai,

            Baru beberapa hari kat U dah rasa homesick kat rumah. Yela b4 ni cuti sampai sebulan lebih. Sekarang pulak cuaca Masya Allah panas sangat. Ye memang Malaysia panas tapi kali ni panas nya ya amat tambah dengan kering. Bersyukur even kelas pepagi pukul 8 pun petang dah free. Panjang sangat mukaddimah so sekarang ni nak habak mai apa kaitan nya semua tu dengan kampung. Tak tahu kampung lain sama ke tak so aku just explain yang aku tahu kampung Sabak Bernam.

                So sejak dari kecil macam umur 2 tahun dah pindah kat area kampung Sabak Bernam dari Shah Alam. Sekolah menengah pulak kat bandar Rawang sampai U pun kat bandar. So nak bandingkan bandar dengan kampung of course its have a big different. So first things yang paling best kampung ni, rumah kat sana kebanyakkannya bukan teres sebab tanah sendiri so boleh buat rumah sebesar mana ko nak. So rumah aku pon memang besar lagipun adik beradik ramai kalau nak bandingkan rumah teres yang pernah aku pergi. Kanan kiri jiran tak dekat sangat so boleh buat bising sebising nya. Ada waktu tu semua adik beradik balik pastu rumah bising gila dengan orang sembang2.. Mak pun cakap "kalau duduk kat Shah Alam ni macam mana la" (rumah kat Shah Alam dulu teres, x leh nak buat bising sangat) .

            Kalau keluar rumah je terus nampak pokok hijau hijau.. huhu.. Abah pun cakap dulu masa kat Shah Alam abah selalu semput berbanding kat kampung ni. Maybe sebab udara. Udara serius memang rasa better berbanding kat bandar. Haa kalau panas kampung lain tau, dia still panas tapi beza sikit. Idk macam mana nak describe.

         Tak tahu la semua orang rasa macam ni or certain orang je but Sabak Bernam ni barang2 dia memang murah2. Pernah la jugak dengar orang ramai datang Sungai Besar(pekan Sabak Bernam yang banyakkk kedai untuk beli barang) untuk shopping. Bagi aku pun kalau kat U macam x best je nak beli barang, mesti nak bawak dari rumah jugak. Hahaha tu yang kena marah tu selalu bawa barang banyak alasan tak nak naik bas balik U. Try la duduk kat kampung sekali sekala. Hikss

No comments:

Post a Comment